Friday, September 16, 2005

Majlis Penutup Bulan Merdeka... atau Konsert Mawi?

Malam ni majlis penutup sambutan bulan merdeka. mawi dan lelain geng finalis af3, vince dan lelain penyanyi buat persembahan. yg peliknya, apsal la mawi ni nyanyi hujung-hujung..? takut orang lari balik ke?

anyway, itu la komplen yang didengari. ada yang ugut nak tutup tv, penat menunggu. tapi bila orang minta remote nak tukar channel lain.. tak bagi lak. hehe... sah sah tunggu mawi. camana pun, tengah belajar jadi madu yang baik. agaknya camni la kot perasaan bini senior, bila suami ada bini muda. ntah la.. hehehe...

yang aku tahu, lebih baik ngadap pc nih. nak tido tak ngantuk sangat. nak tengok tv... sekarang tengah giliran madu! tunggu turn la... harap-harap pompuan boleh berlaku adil.

pejabat agama... boleh tak kaum suami nak buat komplen??? tunang/boifren, sila pegi ngadu kat orang lain.

Bila Isteri Dilanda TsuMawi - Suami Gigit Jari...

~ Penghulu

Ahad lepas teman gi Pasaraya 'Gergasi' kat Taman Permata. Kalau ikutkan sebenarnya takde benda pun yang nak dicari. Sesaja window shopping hehehe... Dah jadi perangai teman memang suka perhatikan gelagat dan tabiat manusia. Nak jadi cerita teman pun naik la ke bahagian elektrikal. Dari luar lagi dah dengar lagu nyanyian Asmawi Ani ni berkumandang. Nampaknya fenomena 'TsuMawi' ni belum reda lagi kot... Manakan tidak... Bebudak kecik sampai ke mak, bapak, datuk dan nenek budak pun sama melopong tengok vcd tu! Tak silap teman masa tu Asmawi Ani tengah nyanyi lagu Seroja kot... Yang mana suami tak gemor Asmawi Ani mula la tarik tangan bini yang ralit menengok. Yang bini lak tak nak berganjak anak beranak hehehe...

Teman yang memerhati dari jauh senyum je la melihat perangai masing-masing. Jangan lepas ni ada yang lempar vcd Asmawi Ani terbang dari rumah pangsa dah la hehehe... Suami mana la yang rela 'dimadukan'?

Wednesday, September 14, 2005

Dulu perempuan dimadukan dengan Siti Nurhaliza...

~ Anonymous

ni semua satu fenomena luarbiasa yg berjaya di-create oleh reality TV show...influencenya cukup berkesan..everywhere people are talking about mawi..i'm not really a fan but i dont hate him either..

but i must say he has something that made his fan crazy over him...
kalau dulu i rasa dimadukan CT Nurhaliza oleh my guy friends.. i think now dah terbalik...the guys rasa dimadukan dek Mawi.. hehehe

i rasa its fair enough... akhirnya tepuk dada tanya selera

Penangan AF3 di blog Sabre

~ Sabre

Interesting story. ;-) My brush with Mawi mania is on my blogsite (*). The most
commented upon articles are the two articles on AF3 ...

http://www.sabre23t.com/20050523/af3-konsert-prelude/ - 89 comments http://www.sabre23t.com/20050619/akademi-fantasia-3-konsert-1-2-3/ - 217 comments

I suppose they came over because googling "AF3" and "Akademi Fantasia" gets my
site at the bottom of the first page ...

(*) Sadly not much update to my blog since I caught GPS fever, ref www.malsingmaps.com . Hehe.

Pengalaman Penghulu di Merdeka Millenium Endurance Race

~ Penghulu (sedutan dari komen)

Bebaru teman pergi ke SIC untuk tengok Merdeka Millenium Endurance Race bersama ngan boss Malaysian Rally.

Kebetulan malam tu ada konsert khas dan antara penyanyi yang ada termasuk la Asmawi Ani. Jadinya teman tengah dok bersembang ngan Race Steward sekali bebudak petugas kat luar meluru masuk bilik Steward. Katanya Asmawi Ani ada kat lobi luar. Memang betul kata orang. Peminat Asmawi Ani ni tak kira umur. Race Steward yang dah berusia 50++ tu pun meloncat bangun cari digital camera hehehe... Teman tengok malam tu Camelia pun ada tapi cam biasa laa...

Artis ni ibarat kuih apam. Sedap makan time panas je... Dah sejuk kucing pun taknak jamah hehehe... Perlahan-lahan Camelia datang jumpa teman (since teman dah kenal dia from 1999) ajak temankan balik.

Monday, September 12, 2005

Terseret ke PWTC... sayang bini

hm..... sayang bini la..... last sunday aku temankan bini aku tgk konsert mawi world dkt PWTC ...badan tu penat la baru balik dari singapore but bini punya pasal layanla....

aku duduk meja depan since si IMAN WAN tu kawan Baik aku...memang satu penomena baru dlm industri muzik kita... FAN club dia boleh kumpul 2,000 orang malam tu...berbual dgn budak life record... album kompilasi mawi dah terjual hampir 170,000 dlm masa dua minggu... alhamdullilah suasana aman ...malam tu kumpulan nasyid kampung dia dan rabbani pun ada menyanyikan lagu nasyid...

aku terharu tgk budak kampung yang naif nie yang tak mendabik dada walaupun dah di atas... tapi kesian aku tgk dia memang pucat muka dia kepenatan ...tiap hari dan hujung minggu berkejar satu malaya.. heheh MAESTRO dapat %% dari apa pun mawi buat.. geram je aku tgk ... hampir 5 tahun takda satu artis pun yang laku album banyak macam nie... lepas 10,000 pun dah handal....

~ by uncle john

Wednesday, September 07, 2005

Cerita daripada Mawi sendiri

Dari seorang penyumbang, encik asMawi...

As you know, I happened to be born and given that name by my father many many tens of yrs ago :)
And I happen to be not a follower of Mawi even though our names are similar.

In 2003, when I had the opportunity, I bought a new car and registered MAW1XX and put the characters very closely (and infringing JPA regulations by so doing. SO far tak pernah kena saman lagi :)

Then in 2005 Asmawi Ani masuk AF3. Masa peringkat awal pertandingan, nobody bothers my car or me when I am driving. Then sometime in July someone approached me when I was parking my car in front of a mamak restaurant in Sg Buluh, asking " En ni sedara Mawi AF3 ke? hehee...dengan senyum saya jawab, takde lah. cuma kebetulan nama saya Asmawi jugak :). At that time Mawi belum menang AF3 lagi. But that was the beginning of the trouble.

Selepas Mawi menang AF3 keadaan menjadi semakin huru hara. Saya pernah diiikut dari belakang secara dekat dalam jarak yang agak jauh..ber km2, dan bila kereta tu dapat overtake saya, driver nya berhenti tepi jalan dan menoleh ke belakang. Agaknya dia nak make sure, yg drive kereta tu entah2 mawi ke ? hahaaa..

Now its becoming worse. The first impression people get when they saw me in my car is that " you must be a big fan of mawi!!!". So much so that I even registered my car close to his name :)

Now I am getting very very tired of having to answer those questions. My standard answer for that question is" Saya peminat setia diri saya sendiri :) :), sebab nama saya pun Asmawi.

And its embarrasing for someone of my (old) age to be perceived as a fan of an AF3 singer at that. And of course I dont like it very very much. To be perceived as sedara suku sakat Mawi ok lagi. But to be seen as a fanatic fan of Mawi AF3 is just plain too much for me :)

wassalam,

asMAWI mohamad
(not) a fan of AF, whether its 1, 2, 3

Cerita 1

baru-baru ini ada dengar cerita. seorang isteri beritahu suami dia, yang beliau ada majlis makan malam anjuran pejabat, jadi si isteri ni akan balik lambat. oklah.

nak dijadikan cerita, si suami ni telefon isteri dia pasal apa ntah, tak jumpa botol susu anak kot. telefon henfon tak berjawab. jadi dia telefon la rakan pejabat isteri dia. peliknya, kawan ni cakap, mana ada majlis makan malam. JENG JENG JENG!!! dah kantoi...

nasib baik la si suami ni bukan jenis baran tak siasat simbah asid. bila isteri dia balik, apa lagi dia soal siasat la. maka keluarlah cerita sebenar... si isteri dia ni pegi danga bay (kat jb) untuk menonton konsert mawi.

alahai... bermadulah dia dengan si mawi. anda ada cerita nak dikongsi? sila hantar ke "Comments".

Tuesday, September 06, 2005

Greetings

blog ini khas untuk para lelaki yang mana isteri, tunang mahupun teman wanita mereka yang amat meminati mawi, laksana dimadukan.

sila hantar komen anda dan yang mana sesuai akan dipaparkan. kutuk-mengutuk tidak dilayan.